Jemputan NADI Putrajaya Sebagai Pempamer Bagi Program JKR Cyber Day 2024
21 November 2024 | Aktiviti Terkini20 November 2024, Rabu - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Putrajaya telah dijemput Sebagai pempamer bagi program JKR Cyber Day 2024. Program ini berlansung selama 2 hari bermula 20 November – 21 November 2024 dan bertempat di Dewan Seri Melati Presint 3 dan jemputan ini dijayakan sekali Bersama Malaysian Communications & Multimedia Commission (MCMC). Reruai MCMC ini mula dibuka kepada peserta dan orang awam dari pukul 8 pagi – 5 petang.
Tujuan @ Inti pati Utama reruai MCMC ini dibuka :
• Memberitahu kepada peserta JKR Cyber Day 2024 peranan utama MCMC & Peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) seluruh Malaysia kepada komuniti @ masyarakat.
• Mendedahkan kepada peserta program kelas singkat yang ada disediakan secara percuma di Pusat Sebaran Maklumat Nasional Putrajaya.
Secara tidak langsung jemputan program seperti ini juga boleh mempromosikan keahlian NADI secara percuma sepanjang 2 hari program dijalankan demi mencapai matlamat MCMC untuk mendapatkan 1 juta ahli NADI seluruh Malaysia tahun 2024.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: